KSUS PM Barang Kemas dan Baju
Ya, memang tidak dinafikan, semua KSUS PM perlu berpakaian kemas dan formal setiap masa. Lebih-lebih lagi jika ke Putrajaya. Ini bukan kerja main-main. Berdepan dengan pelbagai aturcara formal, mahupun aturcara santai, kami perlu membawa imej segak. Nasihat kami kepada penjawat awam, terutamanya di Jabatan Perdana Menteri, melaburlah untuk pakaian yang kemas and segak. Tak perlu mahal. Yang penting fitting baju, dan baju kena tepat dengan bentuk tubuh badan. Jaga kekemasan diri. Kuku perlu sentiasa pendek. Kita jangan nampak selekeh. Kalau kamu jadi KSUS nanti, ini semua penting. Kasut kena pastikan berkilat. Warna kasut kena sama dengan warna tali pinggang. Dua benda ni jangan mix-and-match. Kena sepadan. Belajar cara ikat tali leher dengan betul. Etika majlis kena faham. Tahu bila kita patut guna windsor tie, or casual tie. Semua teknik ini ada dalam Youtube. Boleh Google dan belajar. Perhatikan cara KSUS-KSUS lain menjaga imej mereka. Gunakan mereka sebagai contoh dan panduan. Kalau...